Kerajaan Perpaduan | Shahidan: Tidak adil jika pembangkang tiada peruntukan

2023-01-01 0

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa keputusan Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memberikan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang adalah sesuatu yang tidak adil.

Bagaimanapun, beliau menyatakan akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan berkenaan dapat diselesaikan.